Saya mula kenal Shaklee sebab mencari cara untuk menghadapi gastrik semasa mengandung. Tak sangka pencarian itu membawa saya kepada seorang sahabat lama.
Assalamualaikum semua. Hari ini giliran saya berkongsi tentang Shaklee effect. Izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norul Nadia binti Rashid. Selesa dipanggil Nad atau Cik Nadd.
Saya berasal dari Pahang, tapi banyak membesar di Kelantan. Sekarang saya tinggal di Tawau, Sabah, setelah dua tahun berjauhan dengan keluarga kerana menjaga emak saya yang menghidap kanser. Penglihatan emak juga sangat kabur akibat glaukoma. Bukan buta sepenuhnya, tapi kerosakan matanya agak teruk.
Saya mula kenal Shaklee pada tahun 2011, ketika mengandung anak kedua. Sejak zaman matrikulasi lagi saya memang ada gastrik yang teruk. Bila mengandung, gastrik jadi bertambah teruk. Sebab dah tak tahan, saya cuba cari di internet cara mengatasi gastrik semasa mengandung.
Antara hasil carian yang keluar, yang pertama sekali ialah blog Mak Tok, Master Farihah Surijunior. Dalam hati saya terdetik, “Macam kenal nama ni.” Rupanya memang betul, beliau sahabat lama dan kakak yang banyak membantu saya semasa kami sama sama bekerja di IIS Gombak.
Jadi, saya belilah satu set lengkap untuk ibu mengandung daripada Mak Tok dan daftar jadi ahli secara percuma. Yang paling konsisten saya ambil masa itu ialah Ostematrix, sekarang dikenali sebagai OsteNutrix, dan Alfalfa. ESP pula saya kena campur dengan sesuatu sebab tak boleh nak minum begitu sahaja.
Kebetulan masa itu, bisul pun kerap naik. Saya terus konsisten ambil Alfalfa sampai sekarang. Alhamdulillah, lama kelamaan bisul dah tak naik, jerawat pun tak naik dan gastrik saya lebih terkawal. Itu pengalaman saya.
Pada tahun 2023, saya mengandung anak keempat. Umur saya dah 40 tahun masa itu dan saya berada di Sabah. Ini kali pertama saya akan bersalin dan berpantang sendiri, jauh daripada mak. Jadi, saya buat keputusan untuk lebih konsisten dengan Shaklee sepanjang mengandung, berpantang dan menyusu.
Alhamdulillah, memang lain sangat rasa tenaga saya masa itu. Rasa cergas lain macam.
Kemudian, sepanjang tahun 2024 hingga 2025, saya berada di Kelantan. Mak menghidap kanser pangkal hidung. Penglihatannya juga dah sangat kabur kerana glaukoma. Bermula dari situ, saya lebih bersungguh menjaga pemakanan mak dan memberinya produk Shaklee seperti Vivix, vitamin C, Omega, OsteNutrix, B Complex dan ESP. Sekarang saya tambah pula prebiotik, probiotik dan CarotoMax.
Alhamdulillah, setakat hari ini mak nampak semakin sihat. Rawatan kemoterapi dan radioterapinya sudah selesai setahun yang lalu. Cuma, kami belum mendapat pengesahan sama ada mak sudah bebas daripada kanser. Saya akan terus menjaga mak dan mengikuti perkembangan kesihatannya. Saya juga akan terus berikhtiar, termasuk memberinya Vivix. Semoga suatu hari nanti mak disahkan bebas daripada kanser dan penglihatannya kembali pulih.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian Shaklee effect daripada Cik Nadd. Banyak lagi sebenarnya cerita saya, sebab dah 15 tahun kan bersama Shaklee. Setakat ini dulu ya. Terima kasih kerana sudi membaca.
#gastrik #setmengandung