Tiga kehamilan, tiga pengalaman yang berbeza. Yang terakhir tu paling mencabar, tapi paling saya syukuri. 🥹
Assalamualaikum. Hari ni giliran saya nak kongsi tentang Shaklee Effect yang saya rasa sepanjang kenal Shaklee sejak tahun 2013. Sebenarnya saya ni bukan jenis yang konsisten sangat pun. 🤭 Tapi bila teringat semula pengalaman hamil dulu dan sekarang, memang terasa perbezaannya.
Masa hamil anak sulung pada tahun 2009, saya belum kenal Shaklee. Banyak sangat masalah waktu tu. Hb rendah sampai dua tiga kali seminggu kena pergi periksa dan ambil darah. Demam pula datang dan pergi. Keluar masuk hospital dah macam rumah kedua. Sampai pernah kena ambil sampel najis untuk dihantar ke makmal. 😬🥹
Anak sulung lahir secara pembedahan. Lepas bersalin, saya masih perlu tinggal di hospital selama dua minggu sebab banyak masalah kesihatan, sampai doktor pun belum jumpa puncanya. Bayi pula lahir pramatang, berat tak sampai 2 kg dan perlu berada di NICU.
Alhamdulillah, bayi sihat. Cuma saya sedih sebab waktu tu tak dapat beri susu badan. Keadaan saya sendiri tak mengizinkan dan saya perlu makan banyak ubat dari hospital.
Hamil anak kedua pada tahun 2011 pula, Hb saya okey, tapi kali ni ada GDM. Saya dirujuk kepada pakar di HUKM. Setiap kali nak pergi janji temu dari Pahang ke HUKM, risau juga kalau bacaan gula tinggi. Nasib baik masih boleh dikawal dengan menjaga pemakanan.
Selepas anak kedua, barulah saya kenal Shaklee pada tahun 2013.
Pada tahun 2022, ketika usia awal 40-an, Allah rezekikan saya hamil lagi selepas tiga atau empat kali keguguran. Kehamilan kali ni berisiko kerana saya ada SLE dan GBS. Boleh kata setiap minggu sejak tahu diri hamil, saya perlu buat pemeriksaan di HUKM.
Yang paling saya gerun, sejak awal kehamilan saya perlu suntik ubat pencair darah kerana risiko darah beku akibat SLE. Bayangkan, hari-hari suntik di perut, sampai beratus-ratus kali sepanjang kehamilan. Walaupun begitu, alhamdulillah, tak ada kesan lebam pada perut saya. 🥰
Alhamdulillah, bayi lahir sihat secara normal, walaupun tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan dan beratnya bawah 2 kg. Pada awalnya, doktor merancang untuk saya bersalin secara pembedahan.
Walaupun kehamilan kali ni berisiko, saya bersyukur sebab Hb tak rendah, tiada GDM dan tak mengalami alahan yang teruk. Badan pun rasa cergas sampailah bersalin.
Yang paling saya syukuri, saya dapat menyusukan anak ni sepenuhnya dengan susu badan. Baru tahun ni berhenti menyusu. 🙈😅
Memang sejak awal hamil saya dah pasang niat nak susukan anak terakhir ni sepenuhnya. Saya ambil set hamil asas seperti ESP, OsteNutrix dan vitamin C sehingga waktu berpantang. Dalam pantang pun saya jaga makan dan minum secukupnya.
Alhamdulillah, niat saya tercapai. Bagi saya, yang penting terus ikhtiar, ikut pemantauan doktor, jaga cara fikir dan cuba kekal positif.
Itulah antara Shaklee Effect yang saya rasa sendiri. Saya rasa lebih bertenaga, kulit bebas jerawat dan tak mengalami alahan teruk seperti kehamilan dulu. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan pengalaman hamil dan menyusu anak terakhir ni. 🤲🏼🥰❤️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah CT Lynda dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp NAMA untuk berhubung secara terus.