Kisah Elly Bersama Shaklee: Dari Set Kehamilan Hingga Fokus Berniaga

Dulu takut nak ambil suplemen, apatah lagi nak menjual. Tak sangka, dari set kehamilan bermulalah perjalanan Elly dalam bisnes Shaklee.

Assalamualaikum, selamat pagi semua.

Hari ini giliran Elly pula berkongsi bagaimana Elly bermula dengan Shaklee.

Elly mula kenal Shaklee dengan mengambil set kehamilan lengkap. Waktu itu, saya ada masalah buasir berdarah dan dalam masa yang sama, bacaan hemoglobin (Hb) pun rendah.

Saya dah jumpa doktor pakar, dapatkan konsultasi dan makan ubat seperti yang disarankan. Alhamdulillah, sepanjang makan ubat, keadaan jadi lebih baik.

Tapi bila ubat habis, masalah itu datang semula. 🥺 Sepanjang mengandung, setiap kali membuang air besar, darah akan keluar sampai lambat nak berhenti.

Saya pula memang jenis susah nak membuang. Kadang seminggu baru membuang sekali. Bila nak membuang, jadi sembelit. Bila keadaan ini berlarutan, terus jadi fobia nak membuang. 😁

Dari situ, saya mula terfikir tentang pemakanan dan suplemen.

Tapi jujurnya, pada awalnya saya takut nak ambil suplemen. Takut tak sesuai, takut badan tak boleh terima.

Dalam masa yang sama, suami saya mula mencari di Google tentang suplemen untuk ibu hamil. Dia juga ternampak kawannya berkongsi tentang set kehamilan Shaklee. Jadi, suami buat keputusan nak belikan Shaklee untuk saya.

Tapi saya tak terus beli dengan kawan suami. Saya cari kawan saya sendiri sebab fikir, kalau ada apa apa nanti, senang saya nak tanya dengan lebih terperinci. 😊 Jadi, saya beli dengan kawan saya.

Pada tahun 2017, saya beli set kehamilan dan daftar keahlian dengan bayaran RM75 ketika itu. Maka bermulalah episod saya mengambil Shaklee.

Dalam pengalaman saya, pada hari pertama mengambilnya, saya membuang dengan sangat mudah. Selepas itu, boleh dikatakan setiap pagi saya membuang dengan lancar. Tak perlu tunggu lama dalam tandas.

Badan rasa lebih ringan, perut pun dah jarang rasa gastrik dan kulit nampak berseri. Orang kata, seri mak labu. 😊

Pada tahun 2018, Elly bersalin dan terus sambung ambil set berpantang pula. Sepanjang berpantang, Elly ambil ESP, Vita Lize, B Complex, OsteNutrix, vitamin dan omega.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu saya rasa bertenaga, sampai boleh memandu sendiri ke klinik untuk pemeriksaan bayi.

Jururawat pernah tanya saya, “Berpantang makan jamu apa?”

Saya beritahu yang saya ambil Shaklee. Dia pun cakap Shaklee bagus dan komen luka pembedahan saya nampak kering serta bercantum elok.

Selepas habis berpantang, saya masih mengambil Shaklee sepanjang menyusu.

Di bilik penyusuan, ramai yang tanya, “Makan apa sampai kulit nampak cantik lepas berpantang? Nampak berseri saja.”

Waktu ini saya tak pandai nak mempromosikan produk. Saya tak ada kemahiran menjual dan memang tak minat nak menjual pun. Jadi, saya cuma senyum dan ucap terima kasih. 😁

Pada tahun 2019, saya terserempak dengan seorang kawan di surau. Waktu itu dia sedang mengandung. Dia tahu saya ahli Shaklee, jadi dia tanya sama ada saya boleh belikan Shaklee untuknya.

Dia sendiri minta saya belikan set untuk bacaan Hb rendah ketika itu. Selepas pembelian tersebut, saya nampak yang saya dapat mata daripada pembelian kawan saya.

Dari situlah bermulanya minat nak berniaga.

Saya terus buat janji temu dengan Che Yah. Kami berjumpa di KFC Kangar. Bila Che Yah berkongsi tentang 3C, saya terus fokus nak menjana pendapatan bersama Shaklee.

Alhamdulillah, sampai sekarang tak pernah terlepas menerima bonus daripada Shaklee.

Balik daripada berjumpa Che Yah, saya terus mula berkongsi dengan kawan di tempat kerja.

Pada awalnya, memang ramai yang menolak untuk mencuba Shaklee. Tapi Elly tak putus asa. Elly sertai kelas untuk memantapkan lagi kemahiran menjual.

Elly sendiri terus amalkan Shaklee, dan kawan di tempat kerja perasan kulit Elly nampak cantik serta berseri.

Antara testimoni yang paling kuat bagi Elly datang daripada seorang kawan yang mencuba set kecantikan untuk masalah jerawat.

Bila kawan lain nampak kulitnya semakin berseri, mereka mula tanya dia ambil apa. Dia pun berkongsi yang dia beli Shaklee dengan Elly.

Dialah yang jadi testimoni bergerak Elly di tempat kerja. Dari situ, ramai pula yang nak mencuba.

Bila anak dah besar, timbul pula masalah tak ada orang nak uruskan penghantaran anak ke sekolah. Jadi, Elly berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada anak serta bisnes.

Alhamdulillah, daripada awalnya menerima penolakan, sekarang kawan datang membeli Shaklee dengan Elly. Termasuklah kawan suami sekali. 😍

Inilah perjalanan Elly bersama Shaklee sampai sekarang. Bermula sebagai pengguna, kemudian belajar berniaga, dan akhirnya fokus kepada keluarga serta bisnes.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah ELLY dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp ELLY untuk berhubung secara terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *