Pengalaman Shaklee Jerica: Bermula dengan OsteNutrix Selepas Bersalin

Dulu, nak duduk bersila pun sakit. Dari situlah bermulanya perjalanan saya mengenali Shaklee. 😖

Nama saya Jerica Ereont Anak Nihie, dari Kuching, Sarawak. Saya menyertai Shaklee pada 4 April 2020 dan masih lagi seorang SID.

Saya mula mengambil suplemen Shaklee selepas melahirkan anak ketiga. Sebelum itu, saya mengalami sakit pada kaki, tangan dan pinggang.

Kalau turun naik tangga, saya boleh dengar lutut saya berbunyi. Masa itu, saya tak dapat duduk bersila di lantai. Kalau dah duduk di lantai pula, saya tak boleh terus bangun sebab memang sangat sakit. Seluruh kaki saya selalu terasa sakit. 😖

Pendekkan cerita, selepas mengambil OsteNutrix, dalam masa empat hari saya mula rasa keadaan saya lebih baik. Bagi saya, pengalaman itu memang amazing! 😍

Sejak itulah saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Sepanjang bersama Shaklee, saya dah cuba pelbagai produk, daripada yang paling bajet sehinggalah yang premium.

Suami saya yang pada awalnya tak percaya dengan apa apa produk suplemen pun mula yakin dengan Shaklee berdasarkan pengalaman kami sendiri. Kami mengambilnya untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi badan.

Kalau nak diceritakan, terlalu banyak pengalaman baik yang kami sekeluarga dapat sepanjang mengenali Shaklee.

Beberapa orang sepupu saya juga mengambil Set Ikhtiar Hamil Shaklee ketika berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dalam kalangan sepupu saya itu, boleh dikatakan sekitar 90% akhirnya berjaya hamil. Ada yang tak lama mengambilnya sebelum mendapat berita kehamilan, dengan izin Tuhan juga. 🤲🏻 Malah, ada yang dikurniakan anak kembar. 😍

Itulah antara pengalaman keluarga yang membuatkan saya rasa sangat bersyukur.

Antara suplemen Shaklee yang saya tak boleh tinggal ialah Sustained Release Vita C dan OsteNutrix. Dua inilah yang paling saya suka!

Selain itu, saya juga mengambil Vita Lize Mineral, GLA Complex, B Complex, Zinc Plus dan Alfalfa Complex.

Dari segi bisnes pula, walaupun saya tak konsisten menjalankan bisnes Shaklee, boleh dikatakan setiap bulan ada sekurang kurangnya seorang yang bertanya dan membeli produk Shaklee daripada saya.

Banyak kebaikan yang saya rasai sepanjang perjalanan ini. Saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan produk Shaklee.

Sekian perkongsian daripada saya.

Terima kasih. 😊

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Jerica dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Jerica untuk berhubung secara terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *