Pengalaman Shaklee Saya: Dari Ikhtiar Hamil Hingga Menjaga Kesihatan Keluarga

Empat kali melalui kelahiran pramatang, banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang hamil, berpantang dan membesarkan anak.

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi Shaklee Effect saya dan pengalaman saya sepanjang mengamalkan suplemen Shaklee.

Saya kahwin agak lewat, ketika usia hampir 29 tahun. Waktu itu, saya mula ambil Omega Guard dalam usaha menurunkan berat badan sebab saya nak anak. Dalam tempoh itu, berat saya turun daripada 68 kg kepada 61 kg. Alhamdulillah.

Tapi perjalanan nak mendapatkan anak tak begitu mudah. Saya mengalami dua kali keguguran sebelum mendapat anak pertama.

Kami berjumpa pakar obstetrik dan ginekologi. Menurut doktor ketika itu, ovum saya tak matang. Saya pun mencari ikhtiar untuk membantu diri sendiri dan mula mengenali ESP.

Selepas sebulan mengamalkan ESP, saya hamil lagi. Pada tahun 2010, ketika berusia 30 tahun, lahirlah anak pertama saya pada usia kandungan 32 minggu, dengan berat 1.29 kg.

Bila merancang anak kedua, saya melalui pengalaman keguguran lagi, sebanyak dua kali. Saya kembali mengamalkan ESP sepanjang tempoh berikhtiar.

Alhamdulillah, pada tahun 2013, lahirlah anak kedua saya pada usia kandungan 35 minggu, dengan berat 1.5 kg.

Pada tahun 2015, saya hamil anak ketiga. Ketika itu, saya masih mengamalkan ESP.

Berdasarkan sejarah dua kehamilan sebelum ini, doktor dah menjangkakan kemungkinan saya akan melalui keadaan yang sama. Pada usia kandungan 28 minggu, saya mengalami kesukaran bernafas. Anak ketiga saya lahir dengan berat 0.94 kg.

Tahun 2017, saya teringin nak anak keempat pula. Umur saya ketika itu dah 37 tahun.

Masa inilah saya daftar semula sebagai ahli sebab nak tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee. Saya juga mula ada kesedaran untuk mencuba set hamil yang lebih lengkap.

Sebelum ini, saya hanya ambil satu atau dua produk. Kali ini, selain ESP dan Omega Guard, saya tambah Vitamin C, OsteNutrix, Vitalia dan B Complex. Saya nak berusaha menjaga pemakanan dan kesihatan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Namun, corak kehamilan yang sama masih berlaku. Anak keempat saya lahir pada usia kandungan 30 minggu.

Cuma, apa yang saya rasa berbeza kali ini, saya lebih bertenaga, tenang dan tak cepat gelabah. Rasa lebih relaks sepanjang melaluinya.

Alhamdulillah, menurut keadaan anak saya ketika itu, dia sihat, cuma berat badannya rendah.

Untuk pengetahuan, tekanan darah saya memang ada masa naik dan turun. Dalam kehamilan saya, keadaan ini membawa kepada pembedahan caesarean kecemasan.

Anak saya semuanya lahir pramatang, dengan berat sekitar 0.94 kg hingga 1.5 kg. Mereka juga perlu berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal, atau NICU, selama 24 hingga 72 hari.

Sepanjang hamil dan berpantang, macam macam pengalaman saya lalui. Saya pernah mengalami bentan dan rengat ketika masih di hospital. Dalam tempoh pemulihan itu, saya terus mengamalkan suplemen sebagai sebahagian daripada penjagaan diri.

Saya juga pernah mengalami alahan teruk apabila tersalah makan. Gegata boleh naik serta merta di seluruh badan.

Ketika mengandungkan anak keempat, saya mula perasan ada masa gejala itu beransur reda ketika saya mengamalkan Vitamin C. Itulah pemerhatian daripada pengalaman saya sendiri. Semasa anak pertama, kedua dan ketiga dulu, saya banyak bertahan dengan ketidakselesaan itu.

Perjalanan menyusukan anak pun ada cabarannya.

Disebabkan lahir pramatang, anak saya belum pandai melekap untuk menyusu. Mereka perlu dilatih, dan sekitar usia tiga hingga empat bulan barulah pandai menyusu secara terus.

Jadi, saya gigih mengepam untuk mencukupkan keperluan susu mereka.

Sepanjang mengamalkan ESP, saya perasan susu yang diperah nampak lebih pekat. Pada pemerhatian saya, bayi juga nampak kenyang lebih lama dan berat mereka meningkat. Emosi saya ketika itu pun terasa lebih stabil.

Saya mula mencuba Vivix pada hari ke 20 selepas bersalin anak keempat.

Waktu itu, saya rasa sangat bertenaga dan jadi lebih aktif. Saya mula kerap ikut suami berulang alik ke hospital untuk melawat bayi di NICU. Sebelum itu, banyak urusan ke hospital saya serahkan kepada suami.

Dalam kesibukan itu, saya tak perasan hujung luka caesarean terbuka kira kira 1 cm. Ada rasa pedih dan bau seperti nanah, walaupun jururawat datang memeriksa setiap hari.

Nasib baik, menurut pemeriksaan, hanya bahagian luar yang terbuka. Dalam tempoh kira kira lima hari, luka itu tertutup dan kering.

Sejak itu, saya mula mencuba produk lain mengikut keperluan, termasuk ResV, Alfalfa, PD, GLA, Lecithin, CarotoMax, Phytocol, DTX, CoQ-Trol, Peppermint dan Zinc.

Saya memang jenis yang cuba sesuatu produk apabila saya rasa ada keperluan.

Semasa hamil, saya tak suka minum susu. Saya juga pernah mengalami sakit badan yang teruk, malah ada ketidakselesaan yang masih saya rasai hingga sekarang.

Kesihatan gigi turut menjadi perhatian saya. Sebab itu, OsteNutrix antara produk yang saya pilih untuk menambah pengambilan kalsium.

Tentang haid pula, sejak kehamilan pertama, ada tempoh haid saya tak datang di antara kehamilan. Waktu itu, saya anggap mungkin berkaitan dengan penyusuan.

Namun, selepas lebih dua tahun melahirkan anak keempat, haid masih belum datang. Saya mula mencuba GLA. Selepas menghabiskan satu hingga dua botol, haid saya datang semula seperti biasa.

Itulah pengalaman yang membuatkan saya kembali mencari GLA apabila berdepan keadaan yang sama.

Terbaru, pada Jun 2026, saya mula mencuba Collagen.

Ketika itu, badan saya kerap rasa kejang dan otot terasa tegang apabila bangun pagi. Lutut pun mula sakit, berat badan bertambah dan tekanan darah kembali naik turun.

Sejak Ogos 2024, saya menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh setiap tiga hingga enam bulan.

Keputusan pemeriksaan pada Disember 2025 semuanya baik. Tapi tahun ini, saya akui agak terleka menjaga makan.

Saya berbincang dengan doktor tentang keadaan saya dan ubat berdos rendah yang perlu disediakan.

Kebetulan waktu itu ada promosi Collagen, jadi saya mencubanya. Selepas lima hari, saya perasan otot terasa kurang tegang dan lutut lebih selesa ketika turun bangun dalam solat.

Dalam tempoh yang sama, bacaan tekanan darah saya juga kembali stabil dan normal. Ini pemerhatian saya sepanjang tempoh tersebut.

Anak saya pula agak susah nak mengamalkan suplemen, terutama yang berbentuk tablet. Sebenarnya, saya pun lebih kurang sama!

Bagi keluarga kami, Prebiotic + Probiotic serta ESP atau Cinch antara pilihan yang lebih mudah diamalkan.

Selepas kira kira enam bulan konsisten, saya perasan perut mereka dah kurang berbunyi, bau kentut berkurang dan mereka nampak lebih bertenaga.

Saya akui, saya memang memilih juga. Ada produk yang saya cari di luar. Tapi apabila membandingkan kandungan dan harga, ada yang membuatkan saya kembali memilih Shaklee.

Banyak pengalaman yang saya dan keluarga dah lalui sepanjang mengenali produk ini.

Alhamdulillah. Inilah sedikit perkongsian pengalaman saya.

Sekian.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Adilah dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Adilah untuk berhubung secara terus.

KATEGORI