Kisah Shaklee Saya Sejak 2014, Dari Ibu Anak Sulung Hingga Bersalin Pada Usia 44 Tahun

Dulu saya kenal Shaklee sebab risau sembelit selepas bersalin. Tak sangka, sampai ada anak kecil pada usia 40-an, Shaklee masih menjadi sebahagian daripada rutin saya. ☺️

Hai, assalamualaikum semua!

Hari ini giliran saya untuk kongsi MY SHAKLEE STORY. ☺️ Maaf lambat, sebab baru balik kerja. 😃

Nama saya Suhaini binti Abdul Jabar, berasal dari Perak.

Saya mula ambil Shaklee pada tahun 2014. Masa itu dah hujung kehamilan anak sulung. Saya mula mencari sebab takut dengar cerita orang yang ada masalah sembelit selepas bersalin. Ngeri juga bila dengar! 😂

Kebetulan, ada kawan cadangkan saya ambil pil kalsium Shaklee. Saya pun daftar sebagai ahli. Masa itu, yuran keahlian RM65.

Alhamdulillah, sepanjang berpantang waktu itu saya tak mengalami masalah sembelit yang saya risaukan. Urusan membuang pun lancar saja. ☺️

Saya turut ambil Vitamin C, ESP dan Alfalfa, tetapi tak begitu konsisten seperti pengambilan Ostematrix, yang sekarang dikenali sebagai OsteNutrix.

Perjalanan saya dengan Shaklee terhenti sekejap selepas bersalin anak sulung. Maklumlah, rasa masalah dah selesai. 🫣

Bila hamil anak kedua, saya daftar semula sebagai ahli Shaklee pada tahun 2018. Masa itu, yuran pendaftaran RM35. 😂

Saya kembali mengambil suplemen kalsium Shaklee. Selepas bersalin pula, saya ambil set menyusu. ☺️

Alhamdulillah, ketika menyusukan anak kedua, rezeki susu saya banyak sampai berlebihan. Ada rezeki untuk saya menyusukan dua orang anak susuan juga. Syukur sangat. 🤲🏻

Dari situ, saya mula berkongsi tentang Shaklee dengan adik beradik, saudara-mara dan kawan di tempat kerja. Satu demi satu produk saya cuba, makin jatuh cinta pula. 🩷

Kali ini, sambil berkongsi, saya mula buat bisnes Shaklee secara sambilan. Saya bekerja sebagai jururawat pergigian.

Alhamdulillah, saya dapat pendapatan tambahan hampir setiap bulan. Seronok juga bila dapat duit lebih, kadang-kadang puluhan ringgit, kadang-kadang ratusan ringgit.

Pada April 2021, alhamdulillah saya berjaya naik pangkat ke Supervisor.

Sampai sekarang, saya masih amalkan Shaklee.

Kemudian, datang rezeki yang tak disangka. Saya hamil dan bersalin lagi pada tahun 2025, ketika berusia 44 tahun. Jarak dengan anak kedua pula tujuh tahun!

Bersalin dan menjaga anak kecil pada usia 40-an, ada kawan yang hairan tengok saya masih cergas. 🤣 Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberi tenaga untuk menjalani rutin harian, dan Shaklee terus menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan diri saya.

Doakan saya kembali aktif dan lebih berkesan dalam berkongsi serta menjalankan bisnes ini.

Sama-samalah kita terus berkongsi kebaikan dan kepentingan menjaga kesihatan agar lebih ramai beroleh manfaat, insya-Allah. 🥰

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Suhaini dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Suhaini untuk berhubung secara terus.

KATEGORI