Dua kali menjalani pembedahan, kemudian berpuluh stok susu pula rosak. Saya hampir putus asa nak teruskan penyusuan.
Assalamualaikum.
Hari ini giliran saya untuk berkongsi Shaklee Effect saya dan macam mana saya boleh terjebak dalam bisnes Shaklee.
Nama saya Farhana. Upline Master saya ialah Master Hasifah RYG.
Pada 28 Oktober 2014, saya melahirkan anak pertama. Tak sampai seminggu selepas keluar hospital, bayi saya dimasukkan semula ke wad kerana dehidrasi.
Saya ingatkan bayi dapat susu yang cukup, rupanya tak. Saya dah mula rasa down waktu itu. Sejak sebelum bersalin lagi, saya memang berniat nak menyusukan anak sehingga usia dua tahun.
Selepas seminggu di wad, bayi saya dibenarkan pulang. Saya masih berusaha menyusukan anak dan dalam masa yang sama, memberikan susu formula juga. Waktu itu saya masih trauma dengan kejadian bayi dehidrasi, ditambah pula dengan tekanan orang sekeliling yang menyuruh saya berikan susu formula.
Awal Disember 2014, belum sempat habis pantang, saya mengalami breast abscess atau abses payudara. Ada saluran tersumbat dan saya terpaksa menjalani pembedahan. Doktor kata keadaan saya agak teruk.
Dahlah susu tak berapa banyak, kena bedah pula. 🤧
Selepas pembedahan, doktor beritahu kalau luka masih basah dan susah kering, mungkin penghasilan susu saya perlu dihentikan. Huhu.
Tapi alhamdulillah, tak perlu sampai begitu. Saya dapat teruskan perjalanan menyusukan anak.
Mac 2015, saya mengalami breast abscess sekali lagi. Kali ini berlaku jangkitan pada payudara sebelah lagi dan saya perlu menjalani pembedahan sekali lagi.
Menangis lagi saya sebab masih trauma dengan pembedahan pertama. Terbayang sakitnya dan risau susu akan berkurang lagi selepas pembedahan.
Cuma kali ini, saya dah bersedia dengan stok susu yang pada saya memang banyak dan cukup untuk bayi.
Sepanjang saya menjalani pemulihan di hospital, suami bermalam di rumah ibu mentua. Lebih mudah sebab ada orang boleh tengokkan bayi sementara suami berulang alik melawat saya.
Ditakdirkan, rumah kami terputus bekalan elektrik seharian. Tak ada orang di rumah, jadi berpuluh stok susu dalam peti sejuk beku habis rosak. Suami hanya tahu apabila balik ke rumah keesokan harinya. Semuanya dah cair.
Bila suami beritahu saya di hospital, terus saya menangis.
Saya ingatkan kali ini, walaupun perlu menjalani pembedahan, sekurang kurangnya bekalan susu untuk anak dah tersedia. Rupanya habis semua.
Dalam keadaan baru lepas pembedahan, masih dengan kesan bius dan stok susu pula dah tiada, bayi saya terpaksa diberikan susu formula lagi.
Kesian tengok anak susah nak membuang dan mengalami sembelit. Sebelum itu, ketika minum susu ibu, dia lebih mudah membuang.
Saya hampir putus asa nak terus menyusukan anak. Syukur, pihak hospital menyediakan pakar laktasi untuk berjumpa dan membantu saya.
Beberapa bulan kemudian, Ramadan semakin dekat. Waktu itu saya rasa terdesak sangat sebab stok susu perlu dibina semula. Saya pula bekerja.
Saya mula mencari ikhtiar untuk membantu penyusuan sepanjang Ramadan. Saya risau susu berkurang dan tak dapat menyediakan stok yang cukup untuk meneruskan penyusuan sehingga anak berusia dua tahun.
Saya banyak membaca tentang Shaklee di Google. Kebetulan, rakan sepejabat saya ialah ahli Shaklee. Beliau menawarkan saya membeli melalui beliau pada harga ahli.
Beliau memang membeli untuk kegunaan sendiri, jadi kami beli bersama supaya dapat penghantaran percuma.
Waktu itu saya beli ESP, Performance Drink, MealShake, Lecithin dan Alfalfa.
Alhamdulillah, urusan penyusuan saya pada tahun 2015 dipermudahkan. Sepanjang tempoh itu, saya rasa susu lebih banyak dan tak begitu haus ketika berpuasa. Saya juga dapat membina semula stok susu.
Ketika mengepam di pejabat, saya dapat mengumpulkan sekitar 16 hingga 20 auns susu sehari.
Pada Mei 2016, saya nak beli set menyusu lagi sebagai persediaan berpuasa. Saya nampak kawan sekelas semasa matrikulasi aktif mengiklankan Shaklee, jadi saya beli daripada beliau untuk menyokong bisnesnya.
Daripada pembelian itu, saya mendapat keahlian percuma.
Pada awalnya, memang tak ada niat nak berniaga. Tapi upline saya, Hasniza Yusoff, menjemput saya masuk ke kumpulan WhatsApp khas RYG.
Katanya, ada banyak perkongsian tentang produk dan kesihatan. Saya pun setuju untuk masuk. Waktu itu, RYG masih kecil lagi.
Daripada perkongsian produk, Master Cip mula “meracun” saya dengan peluang menjana pendapatan melalui Shaklee pula.
Akhirnya, saya pun terjebak. Tak sangka, daripada mencari ikhtiar untuk penyusuan sendiri, saya berjaya menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan sambil meneruskan kerja hakiki.
Sehingga kini, saya masih setia menjalankan bisnes Shaklee.
Sekian, terima kasih.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Farhana dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Farhana untuk berhubung secara terus.