Pengalaman Bersama Shaklee, Dari Penjagaan Kesihatan Hingga Hamil Dan Menyusu Dua Anak

Menyusu dua anak serentak sambil mengusahakan taska, itulah antara fasa paling getir dalam perjalanan saya sebagai seorang ibu.

Assalamualaikum. 😊 Saya Asyiqin Mohamad, menetap di Jitra.

Perkongsian saya kali ini berkenaan dengan Shaklee Effect dan pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Saya menjadi ahli Shaklee pada 14 Mac 2016 melalui perkongsian di Facebook oleh sahabat baik saya, Shakirah Shamsuddin. Kemudian, saya diperkenalkan dengan Tok Guru, Master Farihah dan Kak Badrul Asiyah.

Ini perjalanan saya bersama Shaklee.

Tahun 2016: Bermula dengan ikhtiar menjaga kesihatan

Ketika itu, saya berdepan dengan masalah gastrik, migrain dan buasir berdarah. Antara produk yang saya gunakan dalam rutin penjagaan kesihatan ialah:

  1. ESP
  2. Herblax
  3. Alfalfa
  4. Vita C

Tahun 2017: Usaha menurunkan berat badan

Saya meneruskan pengambilan produk Shaklee dalam usaha menurunkan berat badan. Set yang saya gunakan ialah:

  1. ESP
  2. Herblax
  3. Alfalfa
  4. Lecithin
  5. Vita C

Tahun 2019: Mengandung anak ketiga pada usia 38 tahun

Selepas 10 tahun melahirkan anak kedua, saya mengandung anak ketiga pada usia 38 tahun.

Saya menggunakan set mengandung sepanjang kehamilan, dari awal mengandung sehinggalah memasuki fasa penyusuan.

Tahun 2020 hingga 2024: Fasa mengandung dan menyusu dua anak

Dalam tempoh ini, saya mengandung anak keempat pada usia 41 tahun. Inilah antara fasa paling getir buat saya kerana menyusu sambil mengandung memerlukan perhatian terhadap pengambilan protein dan nutrien untuk menyokong keperluan badan.

Saya meneruskan pengambilan set mengandung sehingga tahun 2023.

Anak ketiga dan keempat menyusu badan serentak. Anak ketiga berhenti menyusu pada usia 2 tahun 5 bulan, manakala anak keempat pada usia 2 tahun.

Dalam masa yang sama, saya menjalankan tugas seharian sebagai pengusaha taska dan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti perkembangan awal kanak kanak. Sambil menguruskan semua itu, saya turut menyusukan dua anak secara langsung.

Tanpa Shaklee, saya tak tahu bagaimana saya nak harungi fasa itu.

Terima kasih khas buat Master Farihah dan Kak Bad yang sentiasa ada untuk memberi nasihat, semangat serta tunjuk ajar tentang manfaat produk.

Alhamdulillah, Shaklee masih menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan saya sehingga hari ini. Insya Allah, saya berharap dapat terus bersama Shaklee sehingga akhir usia. 🥰

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Asyiqin dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Asyiqin untuk berhubung secara terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *