Pengalaman Berpantang Asma’ Hannani dan Kisah Jatuh Cinta dengan ResV 🌷

Lepas bersalin anak pertama, semuanya okay. Tapi selepas anak kedua, barulah As kenal sakit “rengat” yang terasa hampir seminggu. 🥲

Assalamualaikum wbt semua. Saya Asma’ Hannani dari Perlis. As seorang Shaklee lover sejak anak pertama, dan sekarang sedang hamil anak nombor empat. Insya Allah, tarikh jangkaan bersalin As pada 19 Oktober 2026.

As nak kongsi pengalaman berpantang dan macam mana As boleh jatuh cinta dengan produk premium merah kesayangan kita, ResV. ♥️

Selepas bersalin anak sulung, Abang Adam, alhamdulillah As tak mengalami sakit yang luar biasa. Namun, ujian selepas bersalin mula terasa selepas kelahiran anak kedua As, Ammar.

Kenapa?

Sebab selepas bersalin Ammar, barulah As tahu macam mana rasanya sakit “rengat”.

Pernah dengar orang kata, anak kedua sakit dua hari, anak ketiga sakit tiga hari dan seterusnya, kan?

Tapi, jeng jeng jeng… pengalaman As tak macam tu, adik kakak semua!

As mengalami sakit rengat hampir seminggu, walaupun dah berurut dan bertungku. Sakitnya tu, Allahuakbar! Macam rasa sakit kontraksi nak bersalin sekali lagi. 🥲

Ada tak yang pernah rasa sakit rengat macam ni? Cuba komen sikit.

Masa tu, As belum terfikir nak ambil ResV ketika berpantang. As pun tak sangka akan mengalami sakit macam tu selepas bersalin Ammar, sebab masa bersalin Adam semuanya okay saja.

Sejak pengalaman tu, As dah berjanji dengan diri sendiri. Kalau bersalin lagi nanti, memang tak nak rasa sakit macam tu dah. Nehi, nehi. 😕

Tiga tahun kemudian, As hamil anak ketiga. Kali ni, As dah sediakan ResV sebelum bersalin. Memang bawa sekali ke hospital.

Selepas bersalin hero ketiga As, Anas, As mula mengambil ResV dan mengamalkannya setiap hari sampai habis sebotol.

Namun, waktu tu Anas mengalami jangkitan paru-paru. Pada penghujung kehamilan pula, As didapati positif GBS.

Anas perlu dirawat di Unit Penjagaan Khas Neonatal, atau SCN, selama 10 hari. As pun dapat tinggal bersama Anas di hospital sepanjang tempoh tu.

Alhamdulillah, sepanjang berada dalam wad, As tak mengalami sakit rengat seperti sebelum ni dan rasa bertenaga. Itu pengalaman yang As sendiri lalui, dan As sangat bersyukur. 🥰

Sekarang, As dah sediakan “red rescuer” kesayangan As, ResV, untuk selepas kelahiran bayi nombor empat nanti.

Harapan As, semoga perjalanan berpantang kali ni dipermudahkan, dapat pulih dengan baik dan ada tenaga untuk menjaga si kecil. 💖

As tahu ResV ni produk premium dan harganya pun agak tinggi. Tapi bagi As sendiri, pengalaman sebelum ni membuatkan As rasa pembelian tu berbaloi.

Ada masa, tak ada promosi pun As beli sebab memang nak ambil waktu tu. Kalau nak lebih jimat, As akan beli ketika ada promosi, diskaun atau baucar. 😄🫶🏻

Itulah sedikit perkongsian pengalaman berpantang As. Pengalaman setiap ibu berbeza, dan pengalaman As ini bukan jaminan ResV boleh mencegah sakit rengat.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi! 😊

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Asma’ dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Asma’ untuk berhubung secara terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *