Pengalaman Shaklee Fida: Bermula Untuk Bisnes, Kekal Hingga Jadi Ibu Anak 3

Mula nak berbisnes sahaja, tapi bila dah cuba sendiri, saya pula yang jatuh hati dengan Shaklee. 😊

Assalamualaikum wbt.

Hari ini giliran saya untuk berkongsi. Nama saya Nurhafida. Boleh panggil Fida, asal orang Kedah. 😊

Di sinilah bermulanya perjalanan saya dengan Shaklee. Pada awalnya, saya sertai Shaklee sebab nak berbisnes sahaja. Tapi bila nak berniaga, saya tak tahu macam mana nak terangkan tentang produk. Jadi, mestilah saya kena cuba sendiri dahulu.

Untuk kali pertama, saya pilih produk berdasarkan masalah yang saya alami. Saya bermula dengan ESP dan Vita C sebab saya ada masalah gastrik dan daya tahan badan yang lemah.

Dari situ, saya cuba konsisten mengambil ESP dan Vita C. Alhamdulillah, sepanjang mengamalkannya, saya mula rasa masalah gastrik beransur baik. Perut dah tak sakit macam dahulu, rasa lebih selesa dan nyaman. Leganya, tak tahu nak habaq!

Bila kita sendiri dah rasa pengalaman menggunakan Shaklee, lebih mudah untuk kita berkongsi tentang produk. Kita pun lebih yakin.

Bukan itu sahaja, alhamdulillah, saya juga perasan yang saya semakin jarang demam atau sakit. Badan rasa lebih bertenaga dan cergas untuk menjalani aktiviti seharian, minda lebih positif, malah dapat bonus kulit nampak lebih cantik bila konsisten dengan set imun ini.

Hampir semua produk Shaklee saya dah cuba, sejak masih bujang hinggalah berkahwin. Waktu mengandung, saya ambil set kehamilan. Selepas bersalin pula, saya ambil set berpantang.

Sekarang dah ada tiga orang anak, saya masih lagi mengamalkan Shaklee. Alhamdulillah, saya rasa lebih bertenaga dan bersemangat setiap hari. 😉

Itu sahaja perkongsian daripada saya. Semoga bermanfaat. Terima kasih. 😊

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Nurhafida dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Nurhafida untuk berhubung secara terus.

KATEGORI