Pengalaman Shaklee Aina Fazlina, Dari Set Kehamilan Kepada Pilihan Keluarga

Dulu ingat nak ambil waktu hamil saja. Tak sangka, sampai sekarang satu keluarga pun ikut sama. 😊

Assalamualaikum semua, nama saya Aina Fazlina. Hari ini giliran saya untuk berkongsi. 😊

Saya mula mengambil Shaklee dengan set kehamilan pada tahun 2013. Waktu itu, saya berikhtiar untuk menyokong keperluan nutrisi diri dengan makanan tambahan.

Pada mulanya, ingatkan nak ambil sepanjang kehamilan saja. Tapi selepas lama mengamalkannya, apabila berhenti seketika, saya mula rasa perbezaan pada badan.

Kaki mula kejang, jari pula kadang terasa sakit secara tiba tiba, dan saya cepat penat. Jadi, saya sambung semula pengambilan suplemen Shaklee dan teruskan sampai sekarang.

Yang menariknya, mak dan adik saya pun mula beralih kepada Shaklee apabila doktor menyarankan mereka mengambil suplemen.

Keluarga saya memang dah terbiasa mengambil vitamin daripada pelbagai jenama. Cuma apabila mereka nampak saya kekal dengan jenama yang sama sejak hamil sampai sekarang, mereka pun mula mencuba Shaklee juga.

Antara yang selalu menjadi pilihan kami ialah B Complex, Vitamin C, Omega Guard, Vitalea dan OsteNutrix.

Sekarang, suami pula yang akan pastikan stok Nutriferon ditambah apabila tinggal sedikit di rumah. Suami dan anak saya rasa serasi dengannya, jadi memang kami sentiasa sediakan stok.

Anak saya pernah mengalami influenza dan jangkitan Mycoplasma yang menjejaskan saluran pernafasannya. Sebagai ibu, keadaan ini memang merisaukan saya.

Nutriferon menjadi sebahagian daripada ikhtiar pemakanan tambahan keluarga kami. Apabila anak sakit, pemeriksaan dan rawatan doktor tetap kami utamakan.

Alhamdulillah, saya bersyukur dapat terus menjaga pemakanan dan keperluan nutrisi keluarga mengikut kesesuaian masing masing.

Sekian saja perkongsian saya hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua. 😊

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Aina Fazlina dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Aina Fazlina untuk berhubung secara terus.

KATEGORI