Bermula dengan ESP, tak sangka hampir 15 tahun saya setia dengan Shaklee. Banyak nikmat yang saya syukuri sepanjang perjalanan ini.
Assalamualaikum. Selamat malam semua. 🥰
Saya Kak Wan dari Jelebu, Negeri Sembilan. Downline Master Nini, cucu Maktok Eha. Alhamdulillah, tahun ini dah hampir 15 tahun saya bersama Shaklee.
Produk pertama yang buat saya jatuh cinta dengan Shaklee ialah ESP. Saya mula mengamalkan ESP ketika menyusukan anak dan mengandungkan anak kedua. Sejak itu, saya setia dengan ESP hingga anak terakhir, anak kelima yang lahir pada tahun 2021.
Sepanjang pengalaman menyusu sambil mengamalkan ESP, saya rasa ia membantu menyokong pemakanan saya. Bila anak dah kenyang menyusu, dapatlah saya buat kerja seharian.
OsteNutrix dan Vitamin C pula antara produk yang tak putus saya amalkan dari dulu hingga sekarang. Sepanjang mengamalkan OsteNutrix, saya rasa tidur malam lebih lena dan kurang rasa lenguh pada kaki serta badan selepas seharian menguruskan rumah tangga.
Vitamin C pula semestinya antara pilihan saya untuk menjaga kesihatan dan kulit. Sihat dan cantik sokmo, insya Allah.
Dengan bonus Shaklee, saya dapat beli suplemen untuk diri sendiri dan keluarga. Dapat juga belanja untuk kehendak diri yang kadangkala tak tertahan.
Bersama Shaklee juga, saya dapat ramai kawan dari seluruh negara. Kadangkala, orang yang entah dari mana pun boleh jadi kawan.
Banyak juga ilmu yang saya dapat, daripada ilmu media sosial, ilmu kesihatan hinggalah ilmu agama untuk bekalan menjalani kehidupan.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri sepanjang saya bersama Shaklee. Semoga saya terus istiqamah dan dapat terus berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Kak Wan dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Kak Wan untuk berhubung secara terus.