Bermula dengan risau susu merudum ketika berpuasa, tak sangka Shaklee akhirnya menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Che Yah.
Ramai juga yang belum tahu bagaimana Che Yah bermula dengan Shaklee.
Seperti pengguna Shaklee yang lain, Che Yah mula mengamalkan Shaklee pada bulan puasa tahun 2012.
Masa itu, Che Yah sedang menyusukan anak kedua secara eksklusif. Bila nak masuk bulan Ramadan, Che Yah dah mula risau. Takut susu berkurang bila berpuasa.
Jadi, Che Yah carilah set suplemen menyusu di Facebook. Kebetulan, set menyusu Shaklee memang tengah popular masa itu.
Di news feed Che Yah, lalu perkongsian tentang set menyusu Shaklee daripada upline Che Yah sekarang, Mak Master Nini Muhammad.
Sebenarnya, Che Yah dah tahu tentang Shaklee sejak belajar di UiTM Shah Alam lagi. Pernah sekali cuba B Complex masa belajar dulu.
Che Yah rasa kesannya sangat best. Walaupun habis mesyuarat pukul 2 atau 3 pagi, keesokan harinya Che Yah tak mengantuk dalam kelas. Amazing kan? Dengan izin Allah juga.
Pengalaman itulah yang buat Che Yah yakin nak cuba set menyusu Shaklee, sebab dalam set itu pun ada B Complex.
Masa itu, Che Yah dah jadi suri rumah sepenuh masa. Duit semuanya bergantung pada suami. Jadi, memang belum mampu nak beli satu set yang harganya lebih RM500.
Che Yah hanya mampu beli Alfalfa untuk ikhtiar menyokong penyusuan.
Alhamdulillah, syukur, biiznillah. 🤲 Sepanjang Che Yah berpuasa, anak kedua dapat menyusu dengan cukup dan Che Yah dapat berpuasa penuh pada tahun tersebut.
Selepas itu, Che Yah mendaftar sebagai ahli pada 27 September 2021 dengan bayaran RM75. Selepas jadi ahli, Che Yah beli Alfalfa lagi dan mula ambil ESP pula.
Masa itu, masih belum mampu nak ambil set penuh. ESP pun Che Yah beli menggunakan keuntungan jualan runcit daripada bisnes online yang Che Yah buat dulu.
Jadi, kalau orang tanya produk pertama Che Yah, selalu teringat Alfalfa. Tapi sebenarnya, B Complex yang Che Yah cuba dahulu. Hehe. Tak apalah, kedua duanya pun ada dalam set menyusu.
Alhamdulillah, Che Yah berjaya menyusukan anak kedua sehingga umur dua tahun. Bermula dengan ikhtiar untuk menyusu, Che Yah turut perasan perubahan lain pada diri, termasuk kulit yang lebih cantik dan badan yang lebih kurus.

Kemudian, ketika hamil anak ketiga hingga anak kelima, Che Yah mengamalkan set hamil, berpantang dan menyusu Shaklee. Set ini memang antara rutin yang Che Yah suka sepanjang melalui fasa tersebut.
Tapi dalam banyak pengalaman, ada satu kisah yang paling Che Yah tak boleh lupa. Pengalaman berpantang selepas melahirkan anak kelima.
Allah rezekikan anak kelima Che Yah lahir pramatang pada usia kandungan 29 minggu. Berat lahirnya hanya 1.56 kg.
Inilah pengalaman berpantang dalam wad selama 41 hari yang akan Che Yah ingat sampai bila bila.
Sepanjang waktu itu, Che Yah mengamalkan ESP, Vita C, Vita Lea, B Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Che Yah turut tambah Nutriferon dan Vivix dalam rutin tersebut.
Alhamdulillah, sepanjang berpantang, Che Yah rasa bertenaga, aktif dan mudah bergerak. Luka pun Che Yah perhatikan sembuh dalam masa seminggu, dan berat badan turut turun.
Che Yah juga dapat mengepam susu setiap hari untuk baby. Dalam keadaan anak lahir pramatang dan perlu berada di wad, dapat sediakan susu untuknya memang satu perkara yang sangat Che Yah syukuri.
Ada juga kisah lucu sepanjang 41 hari itu. Ramai yang tersangka Che Yah doktor di wad! 😅
Daripada pengawal keselamatan, jururawat, matron, ibu yang berpantang, sampai suami mereka pun pernah tersilap sangka.
Ibu yang duduk dalam wad bersama Che Yah siap bergurau, “Che Yah duduk sini 41 hari, boleh naik pangkat jadi doktor pakar dah!” 🤣
Mereka kata Che Yah tak nampak macam ibu yang tengah berpantang sebab nampak bertenaga sangat. Memang terhibur Che Yah dengar.
Itulah antara kenangan paling manis dalam perjalanan Che Yah bersama Shaklee. Dalam banyak kisah yang ada, pengalaman inilah yang paling dekat di hati.
Bermula sebagai pengguna Shaklee, kemudian menjadi pencinta produk, seterusnya membina bisnes dan akhirnya menjadi leader dalam bisnes Shaklee.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah CHE YAH dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp CHE YAH untuk berhubung secara terus.