Pengalaman Bersalin Caesarean Anak Keempat & Berpantang Dengan Shaklee

Dulu, dua bulan selepas bersalin pun saya masih menahan sakit. Kali ini, pengalaman saya sangat berbeza. 🥹❤️

Assalamualaikum, sahabat Surijunior.

Nama saya Zaifadzmeen, berumur 37 tahun dan berpangkat Master Coordinator dalam Shaklee. Saya mempunyai empat orang anak.

Anak pertama dan kedua dilahirkan secara normal.

Anak ketiga pula dilahirkan melalui pembedahan caesarean kecemasan pada usia kandungan 32 minggu kerana saya mengalami placenta previa jenis 4 dan tumpah darah.

Anak keempat juga dilahirkan melalui pembedahan caesarean kecemasan, tetapi pada usia kandungan 38 minggu.

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya mengamalkan Shaklee ketika bersalin dan berpantang anak keempat. ❤️

Saya sebenarnya datang ke hospital cuma untuk pemeriksaan kandungan 38 minggu. Namun, doktor risau kerana mengesyaki bayi sudah buang air besar dalam kandungan.

Walaupun saya tak ada sakit dan keadaan bayi ketika itu okay, doktor mencadangkan supaya kami teruskan dengan pembedahan kecemasan.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Selepas dilahirkan, rupanya bayi okay dan tiada perkara yang disyaki tadi berlaku. Dah takdirnya dia lahir pada hari itu juga. ❤️

Selepas bersalin, saya konsisten mengambil Vivix, ESP, Omega Guard, Vita Lize, B Complex, OsteNutrix dan Vitamin C sepanjang tempoh berpantang.

Saya sendiri dapat merasakan perbezaan yang ketara berbanding pengalaman pembedahan anak ketiga dahulu.

Waktu itu, sakitnya memang terasa. Sampai dua bulan pun saya masih belum pulih sepenuhnya. Bahagian luka sangat sakit.

Nak berjalan pun membongkok macam nenek si bongkok tiga sebab menahan sakit. 😭

Nak ketawa, sakit.
Nak batuk pun takut.
Rasa macam nak putus badan.

Tapi alhamdulillah, pengalaman selepas pembedahan anak keempat ini sangat berbeza.

Saya rasa lebih sihat, cergas dan lebih cepat kembali aktif. Sampai orang sekeliling tak percaya saya baru bersalin sehari sebelumnya. 😂

Muka tak nampak bengkak.
Kaki pun tak bengkak.

Macam orang biasa saja. Perut pun nampak dah kempis. 🤣

Sampai jururawat pun tersalah orang sebab tak sangka saya ibu kepada bayi yang saya sedang pegang.

Sepanjang berpantang, saya terus konsisten dengan Shaklee.

Doktor pakar yang merawat saya di KPJ Rawang juga tahu tentang pengambilan Shaklee saya. Menurut pengalaman saya ketika itu, beliau tidak melarang dan meminta saya meneruskan pengambilan secara konsisten.

Alhamdulillah, saya okay. ❤️

Bayi pun okay, bacaan kuning tak tinggi, penyusuan berjalan dengan baik dan keadaan bayi stabil.

Memang saya rasa seronok melalui pengalaman bersalin dan berpantang anak keempat ini.

Pengalaman ini buat saya lebih menghargai penjagaan pemakanan dan keperluan nutrisi badan sebelum serta selepas bersalin.

Namun, saya faham kedua dua pengalaman bersalin saya berlaku dalam keadaan yang berbeza. Perbezaan pemulihan ini tak boleh dianggap berpunca daripada suplemen semata mata.

Ini pengalaman peribadi saya, bukan janji atau jaminan bahawa semua orang akan melalui perkara yang sama.

Tapi kalau saya ditanya…

“Kenapa masih konsisten dengan Shaklee?”

Inilah antara pengalaman yang membuatkan saya terus yakin dengan pilihan saya. 🥹💚

Alhamdulillah. 🤲🏻

#vivix
#esp
#omega
#ostenutrix
#vitc

Ada yang tengah hamil ke tu? Apa pengalaman anda menjaga pemakanan sepanjang kehamilan?

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Zaifadzmeen. dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Zaifadzmeen. untuk berhubung secara terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *