Pengalaman Kejang Kaki Ketika Hamil, Kisah Hamizah Kenal Kalsium Shaklee

Masa mengandungkan anak pertama, nak bangun tidur pun saya takut. Hampir setiap hari kena kejang kaki!

Assalamualaikum semua, saya Hamizah. Hari ini giliran saya berkongsi #ShakleeEffects.

Saya ada satu ketakutan masa mengandungkan anak pertama. Takut sangat!

Hampir setiap hari saya takut nak bangun daripada tidur. Sebabnya, selalu sangat kena “setok mengkarung”. Kejang kaki! Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Paling teruk, saya pernah rasa kejang dari perut sampai ke hujung kaki. Salah gerak sikit atau menggeliat sikit, zasss… terus kejang! Memang rasa nak menangis!

Bila saya tanya doktor kenapa selalu sangat kejang, doktor beritahu yang saya mungkin kurang kalsium. Masa itu saya memang kurang minum susu, sedangkan ibu hamil juga berkongsi nutrisi dengan bayi dalam kandungan.

Bila mengandungkan anak kedua, saya mula ambil kalsium Shaklee.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan kedua, saya tak mengalami kejang kaki seperti sebelum ini. Masya Allah, seronok sangat! Dapatlah saya lalui kehamilan dengan lebih selesa.

Saya juga pernah dapat petua daripada upline saya, Ummi Zaimah, untuk mengambil Oste sebelum masuk bilik bersalin. Saya ikut petua itu ketika itu. Alhamdulillah, pengalaman bersalin saya pun lancar, dua kali meneran sahaja bayi dah keluar. 😆😆

Itulah pengalaman saya, tetapi saya tak boleh pastikan proses bersalin yang mudah itu disebabkan oleh Oste.

Dah tak trauma nak mengandung lagi. Alhamdulillah, sekarang Allah dah kurniakan saya tiga orang cahaya mata.

Terima kasih, Shaklee. ❤️ Banyak pengalaman baik saya sepanjang mengamalkannya.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Hamizah dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Hamizah untuk berhubung secara terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *