Mulanya Kak Iz cuma mencari set penyusuan untuk anak keempat. Tak sangka, dari situlah bermula perjalanan Kak Iz dengan Shaklee.
Assalamualaikum semua.
Pagi ni giliran Kak Iz pula nak kongsi perjalanan Kak Iz dengan Shaklee.
Kak Iz berasal dari Perak, tapi pernah merantau ke Terengganu dari tahun 2011 hingga 2017.
Kak Iz mula kenal Shaklee selepas melahirkan anak keempat pada tahun 2014. Waktu tu, Kak Iz mencari set penyusuan. Alhamdulillah, Kak Iz dapat menyusukan anak sehingga umur dua tahun.
Selepas itu, Kak Iz nak mendapatkan anak kelima, tapi sedikit sukar. Kak Iz juga mengalami senggugut yang amat teruk. Bila berjumpa doktor, doktor syak Kak Iz ada cyst.
Kak Iz pun ikhtiar dengan Vivix. Alhamdulillah, masa buat pemeriksaan semula, cyst dah tak ada.
Kak Iz kemudian menjalani rawatan kesuburan. Dalam masa yang sama, Kak Iz ambil set ikhtiar hamil, zinc dan B Complex di samping ubat daripada hospital.
Alhamdulillah, Kak Iz mula menjalani rawatan pada Januari 2019. Pada Julai 2019, Kak Iz disahkan hamil dan anak kelima lahir pada Mac 2020.
Semasa hamil, Kak Iz teruskan dengan set hamil Shaklee. Sebenarnya, sejak kelahiran anak keempat lagi Kak Iz memang dah ambil set asas Shaklee.
Alhamdulillah, daripada pengalaman sendiri, Kak Iz melangkah sebagai leader dan menjalankan bisnes Shaklee untuk bantu lebih ramai orang.
#setmenyusu #senggugut