Siapa sangka, bermula dengan sebotol Vitamin C ketika belajar, Shaklee akhirnya menjadi sebahagian daripada perjalanan saya sebagai ibu dan membuka ruang untuk bisnes sampingan. ❤️
Assalamualaikum semua. Insya-Allah, hari ini saya diamanahkan untuk berkongsi Shaklee Effect saya. 😊
Saya Faiz Nur, seorang wanita ya. 😇 Saya berasal dari Ipoh, Perak, tetapi sekarang dah menetap di Dengkil, Selangor.
Saya bekerja sebagai Jurutera Elektronik dalam bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di sebuah syarikat swasta di dalam kawasan UPM, Serdang.
Kini berumur 37 tahun, saya sudah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 3 orang cahaya mata lelaki. Hero semuanya!
Kalau nak cerita macam mana saya mula kenal Shaklee, sebenarnya dah lama… sejak zaman belajar lagi, sekitar tahun 2011.
Masa itu saya cuma pernah cuba Vitamin C. Tapi biasalah, pelajar kan. 😅 Lepas itu tak teruskan pun, sampailah keahlian saya tamat tempoh.
Sampailah satu hari, ketika berpantang anak pertama pada tahun 2016, saya pertama kali kena cacar air.
Masa itu memang risau sangat.
Bukan risaukan diri sendiri sahaja, tetapi sebab ada bayi yang masih menyusu secara terus. Tambah pula, saya dan bayi memang mempunyai kekurangan enzim G6PD.
Jadi saya mula korek balik, apa yang ada dalam Shaklee yang boleh saya ambil untuk menyokong keperluan diri waktu itu.
Saya daftar semula Shaklee di bawah adik saya, Adilah, dan Master upline saya ialah Master Hasifah. Tengok, dah bertukar upline sebab lama sangat keahlian tak aktif. 😆
Masa itu saya ambil Nutriferon, Vitamin C dan Herbal Blend. Alhamdulillah, bagi saya, rutin itu membantu sepanjang tempoh tersebut.
Yang paling saya risau sebenarnya ialah bayi berjangkit sebab masih menyusu secara terus. Tapi alhamdulillah, bayi tak dijangkiti.
Saya pun risau kalau cacar air tinggalkan parut satu badan. Yalah, dah umur 20-an baru kena, memang fikir pasal parut sahaja. Risau juga kalau tinggal tompok di kulit. 😂
Saya banyak gunakan Herbal Blend ketika itu dan alhamdulillah, kulit saya pulih dengan baik.
Lepas pengalaman itu, saya mula fikir…
“Okey, mungkin aku patut teruskan ambil suplemen ini.”
Jadi saya mula tambah Alfalfa, Omega, Oste dan ESP, terutama untuk menyokong keperluan diri sepanjang tempoh menyusukan anak.
Okey, saya sambung ya. Kemudian datang pula satu lagi cerita. 😅
Belum sampai setahun menyusukan anak pertama, saya ditakdirkan mengandung lagi. Memang tak ambil perancang masa itu.
Doktor pun menyarankan saya berhenti menyusukan anak.
Hujung tahun 2017, lahirlah anak kedua saya. Anak kedua juga mempunyai kekurangan enzim G6PD.
Cuma semasa kehamilan kedua ini, saya tak ambil set mengandung Shaklee.
Setiap kali mengandung, saya memang ada masalah alahan yang agak teruk dan paras hemoglobin rendah.
Muntah, tak ada selera makan, tak tahan bau macam macam benda… sampai wap nasi yang baru masak pun tak boleh bau. 😂
Memang boleh bayangkan macam mana kurusnya badan masa itu. Setiap kali makan, semuanya keluar balik.
Tapi alhamdulillah, anak kedua berjaya menyusu sehingga umur 4 tahun. Susah pula nak berhenti menyusu. 😅
Walaupun bekerja, saya tetap cuba buat stok susu. Memang kena pandai bahagi masa.
Lepas bersalin anak kedua, saya mula ambil pil perancang. Dalam tempoh itu, haid saya jadi tak teratur dan badan pula rasa macam dipam.
Jarak anak kedua dengan anak ketiga lebih kurang 4 tahun. Pada tahun 2021, saya mengandung anak ketiga.
Dalam tempoh 4 tahun tak mengandung itu juga, saya mula berjinak dengan bisnes Shaklee.
Mula sikit sahaja. Sambil bekerja sebagai jurutera, sambil buat bisnes.
Alhamdulillah, dalam tempoh itu saya berjaya naik pangkat ke Assistant Supervisor dan kemudian Supervisor, dengan pendapatan tambahan sekitar RM1,000 lebih.
Bagi saya, itu pun satu Shaklee Effect yang saya syukuri. ❤️
Bisnes Shaklee bukan sekadar tentang suplemen. Saya juga dapat belajar tentang bisnes, komunikasi, membina rangkaian kenalan dan pengurusan masa.
Bila mengandung anak ketiga, kali ini saya lebih konsisten dengan set mengandung Shaklee. Sampai anak ketiga ini saya selalu panggil “baby Shaklee”. 😉
Alhamdulillah, pengalaman kali ini agak berbeza.
Paras hemoglobin saya baik. Badan pun tak susut teruk macam kehamilan sebelum ini.
Alahan masih ada, tetapi saya rasa lebih terkawal berbanding pengalaman sebelumnya.
Lepas bersalin, saya teruskan pula dengan VIVIX dan ResV sebagai sebahagian daripada rutin suplemen saya.
Ketiga-tiga anak saya, alhamdulillah, dilahirkan secara normal.
Anak ketiga saya pula tidak mempunyai kekurangan enzim G6PD. Alhamdulillah. ❤️
Penyusuan pun berjalan dengan baik dan berjaya diteruskan lebih daripada 2 tahun. Malah, stok susu masa itu agak banyak, sampai saya ada anak susuan.
Kalau ada anak lelaki, memang boleh agak macam mana kuatnya mereka menyusu. Penat mak, lapar, dahaga! 😂
Saya juga berjaya langsingkan badan.
Yalah, sebelum ini berturut mengandung, bersalin dan menyusu tanpa henti. Makan memang susah nak kawal. Dalam tempoh itu juga saya mengambil pil perancang.
Ketika mengamalkan set Shaklee, alhamdulillah saya dapat mengawal makan tanpa rasa penyusuan dan tenaga saya terjejas.
Daripada baju saiz XL, saya dah boleh pakai saiz M masa itu.
Sebenarnya, kalau nak cerita tentang Shaklee Effect dalam keluarga kami, memang banyak lagi.
Antaranya, ketika belajar berpuasa, anak saya mengambil ESP dan Performance Drink sebagai sebahagian daripada rutin pemakanan mereka. Seawal umur 5 hingga 6 tahun ketika itu, mereka dah berjaya puasa penuh.
Mereka juga mula rajin berpuasa sunat Isnin dan Khamis bersama sehingga kini.
Dulu, masa ada Hero Kiddo, memang mereka konsisten ambil.
Alhamdulillah, sepanjang pengalaman saya sebagai ibu, anak saya agak jarang demam atau tidak sihat, walaupun ada yang mempunyai kekurangan enzim G6PD.
Kalau demam pun, kadangkala masih boleh aktif macam biasa.
Inilah pengalaman keluarga kecil saya. Pemakanan, tidur, gaya hidup dan penjagaan anak juga memainkan peranan. Paling penting, semuanya dengan izin Allah.
Jadi bila orang tanya,
“Apa Shaklee Effect yang paling saya rasa?”
Bagi saya, bukan satu perkara sahaja.
Ia bermula daripada sebotol Vitamin C masa zaman belajar…
Kemudian menjadi sebahagian daripada perjalanan saya sebagai ibu…
Menjadi rutin keluarga…
Dan akhirnya, menjadi bisnes sampingan yang banyak mengajar saya tentang diri sendiri.
Daripada seorang jurutera yang sibuk bekerja, kepada seorang ibu dengan 3 orang anak, dan dalam masa yang sama cuba membina sesuatu untuk keluarga.
Itulah sedikit cerita Shaklee Effect saya. ❤️
Alhamdulillah untuk setiap pengalaman.
Ada satu perkara yang saya belajar daripada perjalanan ini:
Jangan pandang kecil pada permulaan yang kecil.
Kadangkala, sesuatu yang kita cuba sekadar “cuba sahaja” hari ini boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kita pada masa akan datang. 🌱
Ini pengalaman saya. Pengalaman setiap orang mungkin berbeza.
Alhamdulillah, syukur dengan perjalanan yang Allah susun. 🤍
Terima kasih Shaklee dan seluruh pasukan Shaklee.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Faiz Nur dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Faiz Nur untuk berhubung secara terus.