Pengalaman Shaklee Semasa Hamil & Berpantang, Kisah Alyaa Selepas Anak Kedua

Masa anak pertama, hampir setiap malam minta suami urut betis. Bila hamil anak kedua, pengalaman saya berbeza. 😊

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Nama saya Alyaa Abd Malik dari Kelantan. Hari ini tiba giliran saya pula untuk berkongsi.

Saya kenal Shaklee bermula sebagai pengguna sahaja. Vitamin Shaklee pertama yang saya cuba ialah SR Vitamin C.

Pada mulanya, saya agak skeptikal tengok perkongsian kawan di Facebook tentang vitamin Shaklee. Macam tak percaya, takkanlah secepat itu dah nampak kesan? Jadi, saya tak beli lagi waktu itu.

Kemudian, nampak pula perkongsian kawan yang buat bisnes Shaklee dan dapat pendapatan. Bukan sikit, ribuan ringgit pula tu. Tergugat juga hati ini, tapi saya masih buat tak tahu. 😅

Nak dijadikan cerita, pengalaman mengandung anak pertama dengan anak kedua memang berbeza bagi saya.

Masa mengandung anak pertama, saya belum kenal Shaklee. Ya Allah, lenguh kaki dan pinggang itu memang tak boleh bawa bincang. Pernah kena simpul biawak, atau orang Kelantan panggil “nyetok karung”.

Hampir setiap malam kena sapu minyak angin pada betis dan minta suami tolong urutkan.

Bila mengandung anak kedua, saya dah serik nak rasa lenguh pinggang dan betis macam dulu. Kononnya, belilah susu Anmum Materna untuk menambah pengambilan kalsium.

Tapi akhirnya, sekotak itu dari mula mengandung sampai habis pantang pun tak habis. Sampai tamat tempoh macam itu sahaja. 😅

Sepanjang kehamilan kedua, saya amalkan OsteNutrix. Apa yang saya perasan, minyak angin dah boleh simpan. Tak perlu lagi minta suami urut betis macam dulu.

Kalau berjalan jauh pusing pusat beli belah pun, saya rasa lebih selesa. Tak ada dah lenguh pinggang dan betis seperti pengalaman pertama.

Yang lagi saya syukur, kali ini saya tak mengalami sembelit. Masa berpantang pun, urusan membuang air besar lebih lancar. Tak adalah rasa takut macam dulu, risau jahitan bersalin terbuka. 🫢

Kalau teringat pengalaman berpantang anak pertama dengan sembelit dan pendarahan, Ya Allah, sampai menangis dibuatnya.

Dari segi tenaga pula, saya rasa lebih bertenaga berbanding waktu berpantang anak pertama. Siap ada yang tegur, “Berpantang ke tidak? Macam bukan orang berpantang.” 😊

Dalam tempoh menyusu pula, saya mengambil ESP dan Alfalfa. Saya rasa susu lebih meriah berbanding pengalaman pertama.

Dulu, anak pertama kerap menangis dan saya selalu risau dia belum kenyang. Saya pun asyik penat, letih dan tak bertenaga.

Alhamdulillah, itulah pengalaman dan ikhtiar saya bersama Shaklee sepanjang hamil dan berpantang anak kedua.

Itu sahaja perkongsian saya. Terima kasih kepada yang sudi baca. 😊

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Alyaa dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Alyaa untuk berhubung secara terus.

KATEGORI